Norazlan Razali

† Kemunculan (Gol).
Norazlan bin Razali (lahir 19 Disember 1985)[1] adalah warganegara Malaysia merupakan pemain bola sepak antarabangsa dan sekarang bermain untuk Selangor. Norazlan memulakan kariernya bersama pasukan negerinya Johor FA sebelum berpindah ke pasukan Kuala Lumpur FA pada tahun 2010, membuat 52 kemunculan dan dipanggil untuk pasukan kebangsaan.[2] Membuat tiga kemunculan menentang Iraq, Arab Saudi dan Palestin tetapi perlawanan itu tidak disenanaraikan dalam perlawanan antarabangsa bertaraf FIFA 'A'.